<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6093960681858106304?origin\x3dhttp://notahijrahh.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
HELLO;
Muse
Specs
Way Out
Credits
+ follow Dashboard
Lembaran baru diselak
Wednesday, November 14, 20124:35 AM



Sememangnya manusia mahukan doanya dan keinginannya dimakbulkan Allah tetapi manusia sendiri berat untuk melakukan apa yang Allah suruh. Allah suruh bukan untuk kepentinganNya tetapi sebab Allah sayangkan kita. Sedikit pun Allah dan Islam tidak memerlukan kita tetapi kita sendiri yang memerlukan Allah dan Islam. Allah taknak kita terseksa dalam neraka. Allah uji kita pun sebab Dia nak kita alihkan perhatian kita yang sememangnya tertumpu pada dunia ni beralih kepadaNya. Kalau tak diuji, nanti kita lalai dan leka. Manusia ni kan berpenyakit mudah lupa. Sahabat, jangan sedih kalau kita diuji. Bersyukurlah dan takutilah sekira diri kita ni tak diuji. Itu tandanya diri kita tidak lagi dipeduli. Na'uzzubillah. Hm, ibu ayah marah sebab apa? Sebab nak kita jadi anak yang baik, soleh, solehah kan? Macam tu jugak Allah. Cuma kasih sayang Allah ni tak terbatas. Kadang-kadang Dia tarik sesuatu sebab Dia nak kurniakan sesuatu yang kita tak pernah jangka sikit pun. Surprise yang berhikmah pulak tu. Cuma kadang-kadang kita gelojoh bila doa kita lambat dimakbulkan. Kita nampak yang zahir je kan? Jomlah. Kita sama-sama usaha untuk kenal Allah dalam setiap ketika, melalui keinginan yang tak dapat kita kecapi. Allahu :)
Dosa ni umpama pokok yang tumbuh di dalam hati. Semakin lama dosa itu dibiarkan tanpa dicabut keluar, maka semakin kuat cengkaman akar dosa itu di dalam jiwa seseorang. Nampak tak hipotesis dia? Mula-mula dia bercambah, lepastu keluarkan akar, batang, dahan, ranting dan daun-daun. Orang yang berdosa akan dibebani rasa bosan, malas, pahit dan pedih untuk melaksanakan amal kebaikan. Tapi jangan sia-siakan bila bosan, malas, pahit dan pedih datang singgah kat hati kita! Sekurang-kurangnya hati kita masih lagi terketuk agar kita tersedar yang kita insan yang berdosa, bukan sentiasa suci dan lebih soleh solehah dari mereka yang lain. Taubat itu sukar tetapi tidak bertaubat itu jauh lebih sukar. Nah, sedangkan jatuh katil, terhantuk signboard, terlanggar basikal, tersepit pintu kereta, terkena panahan sinar mentari yang sememangnya terik pun kita sudah tak mampu tahan, bagaimana dengan seksa api neraka yang berganda-ganda dasyatnya? InsyaAllah kalau kita ingat balik semua tu, mudahlah untuk kita bertaubat. Orang yang bijaksana tentunya sanggup menerima sedikit kesusahan dan sementara di dunia demi menempuh jalan taubat daripada terpaksa tanggung kesusahan yang lebih sukar dan berkekalan di neraka akibat tidak bertaubat. Sesukar mana pun untuk kita bertaubat jauh lebih sukar menanggung akibat tidak bertaubat. "Sesungguhnya, perumpamaan orang yang melakukan kejahatan kemudian mengerjakan perkara kebaikan seperti seorang lelaki yang memakai baju perang besi yang sempit sehingga mencekiknya. Apabila dia melakukan amalan kebaikan, maka terbukalah satu lubang, kemudian dia melakukan kebaikan lain dan terbukalah lubang lain sehinggalah terbuka kesemuanya dan ia jatuh ke tanah." (Riwayat Imam Al-Tabarani)
Apa yang saya post ni, adalah nasihat dan teguran buat diri saya sendiri. Supaya saya sedar, saya tulis, saya taip, saya post dan bahawasanya kalau saya tak buat guane tu? Beghat nanang~ Saya juga manusia biasa. Saya pun pernah buat kesilapan dalam hidup. Kesilapan yang amatlah besar. Tapi Alhamdulillah, Allah bagi petunjuk untuk saya kembali. Oh yaa, menyesal dengan kesilapan lalu itulah akan buat kita berusaha untuk jadi yang lebih baik dan tinggal terus yang lama. Kalau ternampak saya buat silap, tegur je. Saya tak kisah, saya tak marah, malah saya berterima kasih kerana masih ada lagi manusia yang sudi ambil peduli. Yang masih mahu berusaha membentuk saya, siapa saya di masa hadapan nanti. Kalau ada sesiapa yang kena tegur lepas ni, jangan teruih tibai ja orang tu. Pandang dengan mata hati. Allah hantaq dia untuk bawak kita kembali ke jalan yang Allah nak kita lalui sebab kita tersalah kona rupenyee :') Hamdan Lillah ♥ Dan sebelum kita kutuk orang lain, kita kutuk diri kita dulu. Sebelum menilai orang lain, kita nilai diri kita dulu. Sebelum mencari kesalahan dan keburukan orang lain, kita cari kesalahan dan keburukan kita dulu. Sebelum nak aib kan orang lain, kita fikirkan dulu. Nak ke Allah aibkan kita di hadapan semua umat manusia di akhirat kelak? Jangan asyik menilai degree keimanan orang lain sampai degree iman kita jatuh, kita tak sedar. Jangan bangga, jangan selesa dengan orang lain time kita sedang buat baik. Kita tak tahu lagi nasib kita esok lusa tulat next week. Usia ni singkat. Jadi jangan disingkatkan lagi dengan kelalaian dan keasyikan.
Jom muhasabah diri sesama. Jom kita berubah menjadi yang lebih baik dari semalam. Azam tahu baru kan ;)Let's hijrah okay! Hijrah? Yes, hijrah. It's about something new. It's about being better, getting closer to HIM. That also means you're ready to fail again and again, ready to be tested and to sacrified. You will fall, you will feel down and yes, it's hurt but La Tahzan, you can always start all over again. Everything may not to be perfect but at least you have tried. Have faith in yourself. Don't give up on HIM because HE never give up on you. Ingatlah, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Berusahalah untuk mencintai DIA. Yang pasti, kita takkan mungkin kecewa ♥Salam Maal Hijrah 1434. Moga perjalanan hidup kita di tahun baru ni akan dipermudahkan, diberkati dan diredhai ALLAH SWT. Ameen :)
p/s: Salam Maal Hijrah 1434H. Semoga tahun ini kita berhijrah kepada yg lebih baik dan diberkati Allah SWT. InsyaAllah. Assalamualaikum