Wahai bunga, mari amalkan.
Thursday, November 22, 20126:04 PM
Assalamualaikum. Post harini adalah mengenai 5 perkara yang membawa wanita ke Syurga. Wahai mawar berduri, marilah kita sama-sama amalkan jika Syurga itu menjadi idaman kita.
Perkara yang membawa wanita kepada keselamatan dan kebahagian dunia dan akhirat. Antaranya hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan taat pada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga"
Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya."
Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyakkan membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah."
Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah ra dan Abu Said ra bahawa Rasulullah SAW yang bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang bangun tengah malam, dan kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah."
Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka."
Wallahualam.