<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6093960681858106304?origin\x3dhttp://notahijrahh.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
HELLO;
Muse
Specs
Way Out
Credits
+ follow Dashboard
Keistimewaan Bulan Ramadhan
Tuesday, July 16, 20137:38 AM


Bulan Ramadhan melabuhkan tirainya sekali lagi dengan membawa seribu satu keistimewaan dan kelebihan. Bagi seorang Muslm yang arif dan peka, pasti menyambut dengan hati yang penuh gembira dan syukur. Ada segelintir pula yang merasa berat dan merasa seolah-olah terpaksa menerima kunjungan Ramadhan yang penuh berkat. Alangkah ruginya seandainya Ramadhan ini disia-siakan sahaja.

Bulan Ramadhan, ataupun dikenali sebagai bulan ibadat dimana ganjaran pahala berlipat ganda disediakan Allah terhadap amalan-amalan yang dilakukan sepanjang bulan yang mulia ini. Oleh itu, tidak hairanlah jika kita mendapati sebahagian besar orang Islam menumpukan sepenuh masa dan perhatian bagi melaksanakan amalan-amalan tersebut.

Di dalam bulan Ramadhan juga, kita diwajibkan untuk menunaikan ibadat puasa yang merupakan salah satu rukun Islam. Ia juga merupakan suruhan Allah SWT kepada umat Islam di samping perintah solat, zakat, haji dan lain-lainnya.

Antara keberkatan dan keistimewaan Ramadhan itu sendiri adalah:


  • Ibadah puasa berfungsi bagi menyemai dan menyuburkan rasa takwa dan patuh kepada Allah di dalam hati sanubari setiap Muslim. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 (m/s 28)

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."


  • Nabi Muhammad SAW menyampaikan berita gembira kepada sahabat-sahabat baginda dan umat Islam seluruhnya apabila tiba bulan Ramadhan. Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: 

"Sudah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Diwajibkan kamu berpuasa, di  bulan inilah pintu langit dibuka seluas-luasnya, ditutup rapat pintu neraka, diikat pula segala pergerakan syaitan, di bulan inilah juga terdapat satu malam lebih baik daripada seribu bulan, jadi siapa yang terlepas keberkatan dan kebaikan malam itu, maka dia termasuk di kalangan oarng-orang yang rugi yang terlepas dari segala kebaikan malam itu."
(HR Ahmad, al-Nasa'i dan Baihaqi)


  • Seorang Muslim yang berpuasa dengan sebaik mungkin, memelihara rukun-rukunnya dan menjauhi perkara yang mencacatkan kesempurnaan puasanya mendapat keampunan daripada Allah SWT. 

"Siapa yang berpuasa dengan penuh iman dan taqwa, maka dia diampunkan baginya segala dosa yang lalu."
(HR Bukhari dan Muslim)


  • Pintu syurga yang bernama al-Rayyan disediakan khas bagi orang yang berpuasa, berhias dan mengindahkan lagi suasana di syurga apabila menjelangnya Ramadhan.
"Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu yang disebut al-Rayyan, dipanggil dan diseru pada hari Kiamat nanti: Manakah dia orang-orang yang berpuasa? Lalu bila orang yang terakhir dari mereka masuk ke dalamnya, maka pintu pun ditutup."
(HR Bukhari dan Muslim) 


  • Puasa dan al-Quran memberi syafaaat kepada orang yang berpuasa dan orang yang membaca al-Quran.

  • Allah menjanjikan ganjaran pahal yang besar dan berlipat ganda bagi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan. Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah berfirman: Bagi setiap kebaikan sepuluh kali ganda ganjarannya hingga sampai tujuh ratus kali ganda, dan puasa itu bagiku dan Aku sahaja yang membalasnya."
(HR Tirmizi) 


  • Pada bulan Ramadhan juga berlaku beberapa peristiwa dan kejayaan penting yang dilakarkan oleh orang Islam. Ini menunjukkan kepada kita, bulan Ramadhan menyimpan keberkatan dan kehebatannya yang tersendiri. Ia mampu menginsafkan hati setiap Muslim yang prihatin. Di antara peristiwa itu adalah peperangan Badar, Khandaq, Tabuk, pembukaan Makkah dan kemuncaknya adalah penurunan al Quran yang menjadi sumber hidayah dan petunjuk kepada umat Islam sepanjang zaman.

  • Antara hikmah puasa adalah ia dapat mendidik hati, mengawal hawa nafsu dan juga dapat membina peribadi yang kental lagi utuh seperti sabar, belas kasihan, pemurah, dan sebagainya. Di samping itu juga, ia dapat menghakis sifat-sifat keji dan tercela daripada peribadi seorang Muslim dan menghiasinya dengan sifat terpuji. 
"Puasa adalah benteng."
(HR Muslim, Ahmad dan Nasa'i)
"Puasa itu sebahagian daripada sabar, dan sabar itu sebahagian daripada iman."
(HR Ibnu Majah) 

Selamat beramal, semoga Ramadhan kali ni adalah lebih baik daripada Ramadhan yang sebelumnya. Upgrade ibadah, delete perkara lagha, maintain setiap bulan. InsyaAllah, semoga dipermudahkan. Assalamualaikum.